Join MYLES Community for FREE printable resources and more!
KPM berhasrat “mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik…”
Tapi di mana kita sekarang?
Saban tahun, ratusan juta diperuntukkan untuk membaik pulih kira-kira 500 buah sekolah daif (terutamanya di Sabah dan Sarawak) daripada lebih 10,000 buah sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa tumpuan terhadap persekitaran pembelajaran fizikal di peringkat kementerian sering terhad kepada kerja-kerja penambahbaikan secara besar-besaran, sekali gus memaksa guru untuk mengambil inisiatif sendiri dalam mereka bentuk semula ruang pembelajaran mereka.
KPM turut mengakui bahawa usaha transformasi memerlukan masa, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Namun, proses reka bentuk yang lebih teratur serta pembuatan keputusan yang lebih teragih dipercayai mampu merealisasikan aspirasi ini.
Oleh itu, Ruang2Gather dilancarkan bagi memacu kerjasama strategik antara tiga komuniti:
Membina rasa empati, pemilikan dan tanggungjawab bersama.
Satu lagi elemen penting dalam usaha kolaboratif ini ialah "Insentif Pelaksanaan" yang bermula daripada RM1300 bagi membantu sekolah merealisasikan idea reka bentuk selepas selesai keempat-empat fasa.
Seiring dengan aspirasi nasional bagi menjayakan Sekolah Milik Masyarakat dan Kerjasama Sektor Awam dan Swasta, Ruang2Gather buat masa kini beroperasi secara separa probono bagi mengubah suai sesebuah ruang pembelajaran di sekolah atau ruang-ruang alternatif seperti perpustakaan desa.
Penaja
Sukarelawan dan/atau Pakar
Rakan kerja
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan!
Constructing Education: Building for Impact (Council of Europe Development Bank, 2024)
Gambar: Shawn A
Ubah suai bilik-bilik darjah yang jarang digunakan menjadi hab komuniti Orang Asli di SK RPS Banun. Reka bentuk ini direalisasikan melalui usaha kolektif seluruh komuniti.
Ikuti kisah Cikgu Shawn di sini.
"Hab pembelajaran baharu tersebut kini digunakan untuk kelas multimedia, latihan seni dan muzik serta sebagai tempat untuk pelajar merehatkan minda. Ruang itu juga menerima tetamu luar yang menjalankan sesi untuk mendekati komuniti sekitar SK RPS Banun." - Cikgu Shawn
Menambah baik perpustakaan desa di Tamparuli, Sabah bersama-sama komuniti. Ibu bapa turut terlibat dalam sesi perbincangan!
Penglibatan komuniti bersama masyarakat setempat di Kangar, Perlis bagi mengoptimumkan penggunaan surau sebagai kelas hujung minggu. Pelajar terlibat dalam bengkel secara bersemuka, manakala ibu bapa dan guru berkongsi idea mereka secara dalam talian.
Pusat sumber sekolah sering diserang monyet! Guru di sekolah ini memerlukan sokongan masyarakat untuk menghadapi cabaran ini dengan lebih berkesan.
Mereka bentuk ruang pembelajaran sebagai pusat pembelajaran STEM.
Kami amat berterima kasih atas sokongan dan dokongan daripada individu yang telah menyumbang kepada kejayaan projek-projek Ruang2Gather setakat ini.
Perpustakaan Tamparuli, Sabah
Nur Adilla Abd Rahim, Universiti Waseda
Pustakawan, ibu bapa dan pelajar di Tamparuli.
SK RPS Banun, Perak
Shawn Stanly, Teach For Malaysia
Pentadbir sekolah, guru, dan pelajar serta komuniti di Banun.
PPR Seri Sena, Perlis
Amirul Shamin Ballazi, InderaYouth
Guru dan sukarelawan mengajar, pelajar, ibu bapa serta pemimpin komuniti di PPR Seri Sena, Perlis