Join MYLES Community for FREE printable resources and more!
Saban tahun, jutaan malah berbilion ringgit dibelanjakan bagi membaik pulih 500 daripada lebih 10,000 buah sekolah seluruh negara*; menyebabkan ramai guru terpaksa bertindak sendiri bagi membaik pulih suasana dan ruang pembelajaran mereka.
MYLES memudah cara usaha proaktif ini secara empat fasa melalui Ruang2Gather.
Apakah yang dihasratkan?
Transformasi ruang pembelajaran melalui kerjasama komuniti.
Pemberdayaan pendidik, pelajar dan masyarakat setempat untuk mereka bentuk sesebuah persekitaran pembelajaran.
Kerjasama merentas sektor antara sekolah, usahawan tempatan dan rangkaian profesional.
Mewujudkan sebuah model kerjasama yang boleh diperluas bagi menambah baik reka bentuk lebih banyak ruang pembelajaran di seluruh Malaysia.
Ruang pembelajaran baharu yang diubah suai memenuhi keperluan komuniti.
Projek kolaboratif yang melibatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.
Penerbitan kajian kes dan liputan media mengenai ruang yang telah diubah suai.
Insentif atau galakan untuk memperkembangkan inisiatif yang serupa.
Jaringan sukarelawan dan profesional yang memperjuangkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Bengkel libat urus komuniti dan sesi maklum balas.
Kepakaran sukarelawan (pendidik, arkitek atau pereka, pelajar, penggiat seni tempatan).
Perkongsian strategik dengan penaja korporat atau perniagaan tempatan untuk sumbangan bahan.
Pembiayaan/geran untuk fasilitasi, insentif, dan aktiviti promosi.
Alat dan sumber (kit reka bentuk, panduan fasilitasi, penerbitan tentang hasil projek).
Gambar: Shawn A
Ubah suai bilik-bilik darjah yang jarang digunakan menjadi hab komuniti Orang Asli di SK RPS Banun. Reka bentuk ini direalisasikan melalui usaha kolektif seluruh komuniti.
Ikuti kisah Cikgu Shawn di sini.
Sebuah inisiatif yang berpusatkan kemanusiaan.
MYLES percaya bahawa persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting dalam membentuk cara pelajar berinteraksi, berkembang, dan berjaya. Namun, terdapat banyak ruang di sekolah yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan masih ketinggalan zaman. MYLES ialah inisiatif akar umbi untuk mengubah suai ruang seperti perpustakaan, bilik darjah, malah surau sekolah, menjadi pusat pembelajaran yang dinamik melalui pendekatan reka bentuk berasaskan komuniti.